Semasa Rasulullah s.a.w. berdakwah di Mekah, satu pertemuan telah
dirancang secara diam-diam untuk mepermalukan Rasulullah s.a.w. Berhala
pujaan kafir bernama Walid ditempatkan dan Walid bersujud padanya. Jin
kafir yang bernama Masfir telah memasuki badan berhala itu, mempamerkan
kebolehannya bersembunyi di balik patung dengan mengeluarkan suara-suara
yang mendustakan Rasulullah saw.
Jin itu memasuki patung berhala, menggetarkan badan patung dan
berkata "Sungguh Muhammad bukanlah nabi. Tak perlu kau membenarkannya".
Ibnu Masud, yang kukuh imannya, menyaksikan berhala ini mengerutkan dahinya, "Meracaukah berhala ini, ya Rasulullah saw?"
Rasulullah s.a.w. dengan tenang bersabda, "Ibnu Masud, sahabatku. Engkau jangan
gusar, ini hanyalah permainan syaitan yang nyata". Sesudahnya Rasulullah
s.a.w diikuti Ibnu Masud meninggalkan pertemuan
Dalam perjalanan pulang Rasulullah s.a.w dan Ibnu Masud dihentikan
seorang penunggang kuda yang berpakaian hijau. Penunggang kuda tak
dikenal itu turun dari pelana kuda dan mengucap salam kepada Rasulullah
saw. Beliau menjawab dengan pantas, lalu bertanya “Siapakah engkau
wahai penunggang kuda? Sungguh aneh salammu”.
Penunggang
kuda misteri itu mengangguk; “Ya Rasulullah s.a.w. Sungguh
diriku adalah dari golongan jin yang setia menganut Islam sejak zaman
Nabi Nuh. Ketahuilah, aku telah meninggalkan negeriku sangat lama. Dan
sekembalinya aku di rumahku, aku heran melihat isteriku menangis
tersedu-sedu. Aku bertanya apa yang telah terjadi dan membuatnya begitu
sedih. Isteriku menjelaskan, Engkau sama sekali belum tahu, beberapa
masa lalu Masfir telah mendustakan Rasulullah saw!”
“Aku marah besar kepada Masfir dan terus memburunya. Di antara Shaffa
dan Marwa aku berjaya menangkapnya. Kepalanya kupancung dan aku
tinggalkan badannya bak anjing hina tiada kepala. Lihatlah, darahnya
masih segar di mata pedangku ini.”
Rasulullah saw mengangguk-angguk. Beliau mendoakan jin yang memiliki
kebajikan itu, “Siapa namamu?" Jin mukmin itu menyebutkan, "Namaku Muhair
bin Abhar, ya Rasulullah saw. Saya berhuni di bukit Thursina. Adakah
engkau mengizinkan aku membalas penghinaan kaum musyrik melalui mulut
berhala, seperti Musfir telah dustakan dirimu?" Rasulullah saw bersabda, "
Lakukan sesukamu".
Beberapa penduduk kota Mekkah mengundang Rasulullah s.a.w untuk suatu
pertemuan. Beliau menghadirinya dan di sana berhala Hubbal kembali
diletakkan di atas meja. Satu demi satu orang-orang musyrik mulai
bersujud "Wahai Hubbal. Sabdakan sesuatu tentang Muhammad pada kami".
Patung berhala beku, diam tidak kuasa bertindak. Jin Muhair bin Abhar
lalu merasuki berhala dan berkata, "Hai penduduk Mekkah, camkanlah!
Muhammad itu benar. Agamanya benar. Dia mengajak kamu kepada kebenaran.
Kamu yang bergantungan kepada berhala-berhala mati ini adalah sesat.
Jika kamu tidak mengimani Muhammad dan membenarkannya niscaya kamu akan
kekal tinggal di neraka Jahanam. Berimanlah kamu kepadanya. Dialah nabi
Allah dan sebaik-baik makhluk Allah".
Orang-orang musyrik meradang. Abu Jahal menerjang Hubbal dengan marah.
Patung berhala yang tidak berdaya ini ia terpelanting jatuh
berkeping-keping. Rasulullah s.a.w tenang meninggalkan pertemuan itu
.Kepada jin yang mukmin itu Rasulullah s.a.w berkenan untuk memberi nama
baru kepadanya yaitu Abdullah bin Abhar.
loading...
EmoticonEmoticon